Perniagaan: TASKA

19 Sep

Apa itu bisnes TASKA?

Sebelum anda menceburi perniagaan TASKA, adalah lebih baik anda memahami beberapa fakta penting terlebih dahulu. Disenaraikan 8 soalan lazim berkenaan TASKA yang selalu dikemukakan, agar dapat membantu anda memahami dengan lebih jelas hal-hal yang berkaitan dengan  perniagaan TASKA:-

1. Apakah itu TASKA?

  • TASKA adalah singkatan kata dari Taman Asuhan Kanak-Kanak.
  • TASKA merupakan tempat penjagaan kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah.
  • TASKA adalah berbeza dari TADIKA dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak.
  • Tujuan TASKA diadakan ialah untuk membantu ibubapa menjaga anak-anak mereka semasa ketiadaan ibubapa.

2. Adakah TASKA dan TADIKA perniagaan yang sama?

Tidak! TASKA dan TADIKA adalah 2 perniagaan yang berbeza. Permohonan untuk menubuhkan TASKA perlu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala permohonan untuk menubuhkan TADIKA perlu dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Oleh kerana TASKA dan TADIKA di bawah bidang kuasa badan yang berlainan, maka kertas kerja, peraturan, Akta penguatkuasaannya juga berbeza.

3. Senangkah nak dapat permit TASKA?

Memang susah untuk mendapat permit TASKA.

  • Pertama, kerana ia memerlukan sokongan dari 3 agensi teknikal seperti Jabatan Bomba, Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Kedua, pengusaha TASKA wajib mempunyai Sijil Kursus Asuhan Kanak-kanak (KAAK).
  • Ketiga, premis yang digunakan untuk aktiviti TASKA mestilah mematuhi syarat dan spesifikasi yang ditetapkan.
  • Keempat, permohonan anda akan ditolak sekiranya anda gagal mengemukakan semua lampiran yang diminta.
  • Kelima: Lain-lain syarat

4. Adakah perniagaan TASKA mempunyai permintaan?

Pada hari ini, kebanyakkan kedua-dua suami dan isteri bekerja di luar rumah. Seawal jam 8 pagi ibubapa terpaksa meninggalkan rumah mereka untuk ke pejabat dan kembali kerumah selepas jam 5 petang. Bagaimana mereka menguruskan penjagaan anak-anak mereka sepanjang mereka bekerja? Jawapannya,  mereka terpaksa menghantar anak-anak mereka ke Taman Asuhan Kanak-kanak atau TASKA (kanak-kanak berada di TASKA tidak kurang dari 10 jam sehari dan 5 hari seminggu). Ini adalah peluang keemasan untuk anda.

5. Adakah perniagaan TASKA boleh memberi keuntungan lumayan?

Ya, perniagaan TASKA boleh memberi keuntungan yang lumayan.

Contohnya: Untuk seorang kanak-kanak yang berumur 2 tahun, yuran bulanannya antara RM200 – RM400 seorang, bayangkanlah sekiranya anda mempunyai 30 orang atau 60 orang atau 100 orang kanak-kanak ? Walaubagaimanapun, cara dan strategi yang anda gunakan amat penting sekali untuk menjamin kuntungan lumayan dan berterusan.

6. Apakah masalah atau risiko perniagaan TASKA?

Perniagaan TASKA melibatkan kanak-kanak. Setiap masa kita berhadapan dengan berbagai telatah dan karenah kanak-kanak yang berbeza usia dan latar belakangnya. Kita pernah membaca berita sedih di akhbar tempatan tentang kes kecederaan atau kematian kanak-kanak di Taman Asuhan. Mengapa ini berlaku? Pertama pengusaha TASKA jahil tentang amalan asuhan kanak-kanak yang sepatutnya. Kedua, Pengusaha TASKA atau pengasuh gagal mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak JKM. Ketiga, Pengusaha TASKA menjalankan perniagaan TASKA secara somborono dan tanpa permit yang sah. Keempat, mungkin ajal mautnya sudah sampai dan kita tidak berkuasa mengatasi takdir ilahi.

Jalan penyelesaian kepada masalah dan risiko ini; anda perlu memperkasakan diri anda dengan ilmu pengetahuan. Daftar TASKA anda secara sah. Patuhi garis panduan amalan asuhan kanak-kanak yang menggalakkan. Pengurusan TASKA mestilah bersistematik. Setiap masalah dan risiko ada jalan penyelesaianya. Jangan terlalu takut dengan masalah kerana ia adalah asam garam dunia perniagaan dan tidak ada perniagaan yang tidak mempunyai masalah dan risiko.

7. Di mana tempat untuk menghadiri kursus TASKA?

Banyak institusi swasta atau badan yang diiktiraf oleh JKM menjalankan Kursus Asuhan Kanak-kanak dan kursus pengurusan TASKA di setiap negeri dan hampir setiap bulan. Tedapat juga Kolej atau universiti swasta yang menawarkan kursus jangka panjang bagi bidang ini. Anda boleh menghadiri kursus tersebut dengan menghubungi Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia atau Pesatuan Taska Negeri. Maklumat penganjur kursus ada disertakan dalam Pakej Rahsia Bisnes TASKA.

8. Berapakah modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan TASKA?

Ramai yang mengatakan modal mestilah antara RM40,000 hingga RM100,000. Sebenarnya dengan modal yang kurang dari RM15,000 anda boleh memulakan perniagaan. (Modal untuk perniagaan TADIKA dan TASKA adalah lebih kurang sama sahaja kerana kedua-duanya menggunakan peralatan yang hampir sama). Kesimpulannya, berapa banyak modal yang diperlukan, terpulang kepada kemampuan anda. Adalah lebih baik anda berprinsip “Start small finish big” .

8. 7 sebab mengapa memilih bisnes TASKA dan bukan bisnes lain?

  • anda berpeluang menjana pendapatan berterusan dan lumayan.
  • dapat menjimatkan wang ringgit anda kerana anda boleh menghantar anak anda ke TASKA anda sendiri tanpa perlu mengupah orang lain menjaganya.
  • tiada tekanan masa kerja, anda adalah bos, bebas merangka jadual kerja anda mengikut kesesuaian masa.
  • suatu tugas yang mulia kerana anda menjaga kebajikan kanak-kanak dan menjadi ibu / bapa gantian kepada mereka.
  • anda dapat mengandakan wang anda kerana anda boleh menambah cawangan baru tanpa had.
  • tiada tekanan emosi kerana suasana persekitaran kerja seperti berada di rumah sendiri.
  • anda berpeluang menjalankan perniagaan sampingan lain kerana perniagaan TASKA tidak memerlukan anda berada di TASKA sepanjang masa.

3 Responses to “Perniagaan: TASKA”

  1. nurmutiara June 16, 2011 at 12:51 pm #
  2. nor najira October 6, 2012 at 7:36 am #

    bagaimana cara untuk buat kertas kerja untuk taska

    • nurmutiara November 7, 2012 at 6:20 pm #

      Insyaalah ada caranya. Saya akan post kan di blog ini apakah item2 utama didalam membuat kertas kerja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: