Harapan Gerai-gerai Makanan

30 Nov

mara1Usahawan kecil yang baru menceburkan diri didalam perniagaan makanan akan berasa sangat-sangat bertuah sekiranya mendapat tapak gerai yang sesuai untuk memulakan perniagaan.

Apabila pendaftaran syarikat telah dibuat, kelulusan dan lesen dari Majlis Perbandaran  telah diperolehi, barulah usahawan layak untuk memohon gerai yang disediakan samaada oleh Majlis Perbandaran, Majlis Daerah ataupun dari MARA.

Walaupun demikian isu yang lahir dari bermulanya perniagaan gerai antaranya adalah seprti berikut:

  1. Kedudukan atau lokasi gerai tidak strategik
  2. Gerai tidak lengkap
  3. Perubahan perancangan struktur bandar
  4. Masalah pembuangan sampah dan
  5. Wujudnya persaingan yang tidak terkawal.

Pada dasarnya, untuk merencanakan pembangunan, pelan struktur haruslah di sediakan dengan mengambilkira bukan sahaja faktor lokasi sesebuah bandar bahkan haruslan juga mengambil kira faktor kelansungan pembangunan. Pelan pembangunan ini haruslah di sediakan oleh pakar perancangan ekonomi dan sosial Majlis Perbandaran, Majlis Daerah ataupun MARA.

Kenapakah pakar-pakar diperlukan untuk merencanakan pembangunan secara meyeluruh?  Sebabnya, kita tidak mahu melihat gerai-gerai makanan yang di sediakan oleh Majlis-majlis terlibat menjadi usang, peniaga gulung tikar dan tidak lagi menjadi tumpuan ramai.

Keadaan seperti disebutkan diatas boleh dilihat dimana-mana sahaja di Malaysia. Sebagai contoh, sederet gerai di bina oleh MARA di tepi jalan sebuah bandar dengan ukuran 5 kaki x 5 kaki sebuah. Gerai ini hanya dilengkapi dengan bumbung dan meja jualan bersaiz 5 kaki x 5 kaki, tidak dilengkapi dengan kerusi dan meja makan. Bayangkan keadaan nasib peniaga kecil tersebut apabila hari hujan. Masalah semakin menjadi-jadi apabila terdapat garisan kuning, keenderaan tidak dibenarkan untuk meletak kereta di hadapan gerai tersebut. Peniaga-peniaga pula menjual makanan yang sama dan mereka membawa kerusi, meja makan dan payung sendiri dibelakang gerai masing-masing sehingga menjadi tidak teratur.

Kita tentu tertanya-tanya soalan-soalan seperti berikut:

  1. Apakah tidak ada perancangan yang teliti dibuat oleh perancang pembangunan yang bertanggungjawab?
  2. Adakah perancang menjangka berapa lamakah peniaga-peniaga tersebut dapat bertahan di lokasi itu?
  3. Adakah perancang boleh menjangka berapakah jumlah jualan yang boleh diperolehi oleh peniaga-peniaga dengan prasarana yang disediakan itu?
  4. Adakah perancang membuat penelitian tentang jenis makanan yang boleh dijual di gerai-gerai untuk mengelakkan persaingan.
  5. Adakah perancang bersikap ‘sambil lewa’ demi memenuhi keperluan semasa sahaja?

Walau apapun jawaban, nasib peniaga kecil seharusnya dibela dari awal. Semua lapisan masyarakat seharusnya bertanggungjawab dan menyumbang untuk pembangunan usahawan walaupun pada dasarnya perniagaan berterasan usaha seperti kata ‘man jadda wa jadda’.

Peniaga-peniaga kecil harus diberi bimbingan dan tunjuk ajar oleh badan-badan terbabit disamping menyediakan premis yang bersesuaian bagi mereka berniaga. Selain dari itu, perancang dan pihak bertanggungjawab juga harus memastikan perniagaan usahawan dibawah kelolaan mereka  akan berterusan maju hasil dari usaha dan prasarana yang lengkap.  Jawatankuasa khas harus dibentuk dan mereka hendaklah aktif bagi memudahkan komunikasi diantara peniaga dan pihak perancang bertukar-tukar pendapat, mendapat bimbingan dan informasi terkini. Dengan inisiatif yang diambil, mudah-mudahan akan terlaksanalah tugas untuk membela usahawan dan melahirkan usahawan dengan peratus kejayaan yang tinggi.

 

 

2 Responses to “Harapan Gerai-gerai Makanan”

  1. izhar September 4, 2013 at 2:31 am #

    Assalamualaikum, kami dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

    Pada pandangan saudara, apakah rekabentuk gerai makan/ gerai pasar yang terbaik yang boleh mengatasi

    1. Masalah gerai tiada sambutan,
    2. Masalah Jeni Jualan,
    3. Masalah tidak berniaga sendiri
    4. Masalah kecurian bekalan elektrik. air
    5. Masalah sewa tidak berbayar.

    terima kasih atas pandangan anda.

    p/s Gerai di atas adalah berbentuk kiosk, berkonsepkan take away. iaitu makan bungkus seperti pisang goreng/ burger/ nasi lemak. Jika sehingga perlukan kerusi meja, maka ianya tertakluk kepada perkara lain seperti bekalan air, tempat membasuh makanan, saluran membasuh makanan dll kerana kegagalan menyediakan perkara itu boleh menyebabkan keracunan.

    • nurmutiara October 24, 2013 at 4:49 pm #

      Terimakasih kepada MBPJ kerana memberikan respon terhadap isu-isu gerai.

      Saya telah membuat beberapa pemerhatian terhadap masalah yang di timbulkan diatas. Masalah yang ditimbulkan adalah bersifat subjektif dan boleh dilihat dari beberapa perspektif. Dibawah ini di turunkan beberapa pandangan yang boleh diambilkira berkaitan dengan isu yang ditimbulkan.

      1. Masalah gerai tiada sambutan. Ini berkait rapat dengan strategi lokasi. Dalam teori ‘accesibility’ atau dalam Bahasa Malaysia di sebut sebagai ‘kebolehmasukan’ kita dapati kemudahan untuk masuk dan keluar adalah merupakan salah satu faktor yang mendorong kepada tumpuan pelanggan. Oleh itu rekabentuk laluan mestilah bersesuaian dengan tenpat meletak kereta yang mudah dan selesa.

      Disamping faktor yang lain, ‘densiti’ penduduk juga merupakan salah satu faktor kepada masalah diatas.

      2. Jenis jualan. Jenis jualan adalah juga subjektif. Terdapat Majlis Perbandaran yang menetapkan apakah jenis barangan jualan bagi tiap kiosk. Ini mungkin mendatangkan masalah kepada peniaga yang terpaksa akur kepada Majlis walaupun jualan produk mereka semakin merosot. Pada kebiasaannya, peniaga akan beralih kepada jualan barangan yang lain sekiranya produk mereka kurang mendapat sambutan. Oleh yang demikian pihak Majlis terpaksa mengadakan sesi perbincangan dengan peniaga dari masa kesemasa untuk mengetahui keserasian peniaga dengan jualan mereka. Hasil dari perbincangan tersebut, pihak Majlis bolehlah melonggarkan syarat atau memberikan kebenaran untuk peniaga beralih kepada perniagaan yang mereka selesa.

      3. Masalah tidak berniaga sendiri. Ini adalah persoalan sikap peniaga. Kadang-kadang mereka harus diberi kata dua kerana masih ramai peniaga yang betul-betul menginginkan perniagaan tetapi mereka seolah-olah dianak tirikan oleh pihak berkuasa. Adakan siri lawatan dan kuatkuasakan undang-undang.

      4. Masalah kecurian bekalan air dan letrik. Masalah ini boleh diatasi dengan mengadakan sumber bekalan air dan letrik yang mencukupi. Sesi perbincangan boleh di adakan dari masa kesemasa untuk mendapatkan pandangan dan keperluan sebenar peniaga.

      5. Masalah sewa tidak berbayar. Ini juga adalah masalah sikap. Adakan sewa harian seperti mana yang dilakukan kepada peniaga pasar malam. Sementara itu, galakkan peniaga untuk menyertai atau menubuhkan persatuan peniaga setempat. Jawatankuasa mereka akan bertindak untuk menguatkuasakan undang-undang dan juga boleh menjadi mata dan kepala kepada Majlis.

      Dalam hal diatas, reka bentuk kiosk yang unik dan praktikal juga boleh melahirkan suasana yang ceria bagi menarik lebih ramai pelanggan.

      Cuba lihat bagaimanakah rekabentuk kiosk yang menarik dan mesra pelangan di link di bawah:

      Kesemua contoh rekabentuk kiosk diatas memberikan suasana ceria dan mesra pelanggan. Pemilihan warna dan pencahayaan amat penting dalam melengkapkan kiosk.

      Saranan dan pendapat lainsangat-sangat dialu-alukan. Kadang-kadang pendapat dari peniaga sendiri harus diambilkira merana mereka adalah orang tempatan yang sangat memahami kehendak pelanggan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: