YANG POPULAR TIDAK SEMESTINYA BETUL

8 Jan

Sekumpulan kanak-kanak bermain di atas 2 landasan keretapi, satu landasan masih digunakan sebagai laluan keretapi manakala satu landasan lagi sudah tidak digunakan.

Hanya seorang kanak-kanak yang bermain di atas landasan yang tidak digunakan. Sedangkan ramai kanak-kanak bermain di landasan yang masih dilalui oleh keretapi.

Apabila keretapi datang anda berada di tempat kawalan yang boleh menukarkan landasan.

Semasa itu, anda mempunyai pilihan untuk mengubah haluan landasan keretapi dari laluan boleh guna ke landasan yang tidak digunakan dan berkemungkinan anda dapat menyelamatkan ramai kanak-kanak dari terkorban. Sekiranya ini berlaku, hanya seorang kanak-kanak akan terkorban.

Pilihan kedua anda adalah membiarkan keretapi itu meneruskan perjalanan di landasan biasa?

Fikirkan sejenak, apakah keputusan yang anda pilih itu adalah keputusan yang wajar?

Kebanyakan orang akan memilih untuk mengalihkan landasan dan mengorbankan hanya seorang kanak-kanak. Cubalah uji dengan bertanyakan kepada ramai orang.

Tidakah anda terfikir bahawa kanak-kanak yang bermain dilandasan yang tidak digunakan itu membuat keputusan yang terbaik? Dia memilih untuk bermain di tempat yang selamat.

Malangnya, dia pula yang terpaksa terkorban disebabkan oleh sejumlah ramai kawan-kawannya yang mahu bermain di tempat yang bahaya.

Sedarkah kita, bahawa dilema ini berlaku kepada kita setiap hari? Di pejabat, dalam masyarakat, dalam politik dan tidak ketinggalan dalam masyarakat yang nyata mengamalkan demokrasi.

Golongan minoriti biasanya terkorban untuk menjunjung kepentingan majoriti. Tidak kiralah golongan majoriti itu degil atau bodoh, dan betapa golongan minoriti pula dari yang lebih berakal dan berpandangan jauh.

Kanak-kanak yang memilih untuk bermain di tempat yang selamat itu diketepikan.

Adakah kita terfikir, semasa keretapi menghampiri kanak-kanak yang ramai di landasan itu akan lari menyelamatkan diri apabila mendengar bunyi deruan injin keretapi dan juga bunyi siren keretapi?

Tetapi kanak-kanak yang berada di landasan yang tidak digunakan pula akan sentiasa berfikir bahawa dia berada ditempat yang selamat sehingga tidak menjangkakan keretapi akan menggunakan landasan itu.

Lagi satu kemungkinan, tidakkah kita tertanya kenapakah landasan itu sudah tidak digunakan lagi? Mungkinkah landasan itu sudah tidak selamat?

Jika kita menukar landasan keretapi ke landasan yang tidak digunakan, berkemungkinan besar akan mengakibatkan kemalangan keretapi yang mungkin akan mengakibatkan kecederaan bahkan kematian ramai penumpang-penumpang.

Demikianlah, dalam kehidupan kita yang penuh dengan cabaran dan pilihan-pilihan.

Adakalanya kita tidak menyedari bahawa pilihan yang disangka baik itu sebenarnya adalah pilihan yang paling merugikan.

Ingatlah “APA YANG BETUL TIDAK SELALUNYA POPULAR, MANAKALA YANG POPULAR PULA TIDAK SELALUNYA BETUL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: